Pendapatan Umat Islam Di Kemboja
Street Address
No 805.St 5.Phom1.Chrang Chomres1
Russeykeo.Phnom Penh Cambodia
Hubungi Kami
Sms Call WhatsAap Wechat Line Insya Allah Saya Akan Cuba Balas Permintaan Anda Secepat Mungkin.
.
+855 17 889 234 {Ustaz Ckp Malay}
+855 12 706 595 {Ustaz
Ckp Malay}

Email
cmh.holidays@gmail.com


 
  • Slide 1

    Slide 1

  • slide2

    slide2

  • Slide 3

    Slide 3

  • Slide 4

    Slide 4

  • Slide 5

    Slide 5

  • Slide 6

    Slide 6

  • Slide 7

    Slide 7

  • Slide 8

    Slide 8

Home » Pendapatan Umat Islam Di Kemboja
Pendapatan Umat Islam Di Kemboja

Melalui tingkap pesawat sebelah kanan kelihatan bangkai pesawat peninggalan perang dan bangunan kubu yang usang. Melepasi pemeriksaan imigresen dan kastam amat menggerunkan dengan riak air muka pegawai Kemboja yang bengis. Tambahan pula kami membawa banyak kotak-kotak yang berisi pakaian dan makanan untuk diagihkan kepada umat Islam di Kemboja. Alhamdulillah laluan kami agak mudah.

Masjid jadi kelab malam

100 meter dari hotel tersergam Masjid Jamek Boeng Kak. Masjid ini pernah melalui zaman kegelapan apabila bangunannya tergadai dan dijadikan kelab malam. Seorang jutawan Arab telah menebusnya dan menukarnya menjadi masjid semula. Kawasan di sekitar masjid ini dipenuhi rumah pelacuran yang menjadi tempat persinggahan pelancong dari Barat.

Malangnya masjid yang besar ini tidak mempunyai sebuah pun naskhah al-Quran. semua al-Quran yang diwakafkan diambil orang untuk dijadikan milik peribadi atau dijual. Bilik airnya kotor dan tidak ada air. Di dalam kawasan masjid terdapat sebuah bangunan asrama, kelas komputer dan bahasa Inggeris yang dikendalikan oleh Cambodian Muslim Develop ment Foundation (Yayasan Pem bangunan Islam Kemboja).

Menyambut Hari Raya Korban di Kemboja

Malam itu malam Hari Raya Aidiladha. Kami mengunjungi perkampungan umat Islam Batu 9 di pinggir sungai Mekong. Mereka menyambut kedatangan kami dengan menghidangkan kuih raya daripada pisang dan ikan yang tidak kami kenali. Lembu-lembu yang hendak dikorbankan keesokan hari ditambat di bawah rumah. Sampaikan di dalam bilik darjah di madrasah pun ada lembu.

Pelajar-pelajar pondok keluar bertakbir memakai gamis putih dan serban merah. esoknya kami solat sunat Hari Raya Aidiladha di Masjid Batu 9. Umat Islam dari segenap pelosok Kemboja berhimpun beramai-ramai hingga melimpah ke tengah padang. Selepas khutbah diadakan jamuan hari raya sajian roti dan kuah. Selepas beramah mesra dengan penduduk setempat kami meneruskan perjalanan menyeberangi sungai Tonle sap menaiki perahu ke Kampung Prakrang.

Kami bertemu dengan imam yang teleh berkhidmat selama 27 tahun, Tuan Haji Yaacob. Masjid kampung ini telah digunakan oleh regim Khmer Rouge menternak babi. Seorang makcik menceritakan detik-detik dia dipaksa untuk memakan sup daging babi untuk membuktikan yang dia bukan orang Cham. Sebelah petang hari raya kami ke Kom pong Bomtol, wilayah Kompong Chhnang, tiga jam perjalanan ke utara Phnom Penh menyusur sungai Tonle sap. Kami mengunjungi sebuah sekolah agama yang diadakan di surau kayu berusia 40 tahun. Dua orang guru yang menyambut kami ialah Cikgu Mohd Zain dan Cikgu Zakaria Yaacob.

Imam di kampung ini bernama Haji Yaacob Ismail sementara ketua kampungnya Yusof Abdul Rahman. Pada hari raya kedua kami ke Kampung Antung Shor, wilayah Kompong Cham, lima jam perjalanan ke timur Phnom Penh menaiki lori yang penuh sarat dengan penumpang dan barang. Kereta kuda juga masih digunakan untuk mengangkut barang. Kami singgah solat di Masjid al-Annuar.

Imamnya bernama Ibrahim Sulaiman. Sepanjang empat hari termasuk tiga hari Tasyriq kami telah mengadakan korban di empat buah perkampungan sebanyak 10 ekor lembu. Itu pun satu keluarga mendapat cuma 300gm daging untuk 10 orang ahli keluarganya. Begitulah lazimnya setiap umat Islam, cuma menjamah daging dua kali setahun iaitu pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Korban.

Amatlah tidak wajar bila kita mendengar berita sebuah masjid di Lembah Klang berkorban 60 ekor lembu beberapa tahun lepas. Tapi malangnya tidak berjaya membahagi-bahagikan daging. Menjelang petang daging pun busuk dan terpaksa ditimbus menggunakan jengkaut. Sudah menjadi tradisi masyarakat di Malaysia malu untuk menerima daging korban. Sesetengahnya pula menganggap mereka tidak layak. Lantas berlaku pembaziran.

Sepatutnya sesebuah masjid atau surau yang hendak mengadakan korban harus mengukur kemampuan mereka membahagi-bahagikan daging. Sebahagian lembu sepatutnya dikorbankan di tempat-tempat yang sangat diperlukan seperti di Kemboja ini. Banyak NGO dan agensi yang melaksanakan ibadah korban di Kemboja.

Ada yang berkorban hingga ribuan ekor jumlahnya di satu-satu tempat. Penduduk Islam dari daerah lain terpaksa datang melalui jalan yang jauh menyebabkan banyak juga daging yang busuk sebelum sampai ke kawasan pedalaman. Sebab itu kami mengambil strategi terus berkorban di kampung-kampung pedalaman.

Sejarah umat Melayu Islam Champa

Masyarakat Melayu Champa mengalami sejarah yang panjang. Mereka berasal dari tengah dan selatan Vietnam membentuk Kerajaan Champa Tua yang kuat. Agama Islam datang seawal zaman pemerintahan Sayidina Othman Ibn Affan, khalifah yang ketiga apabila beliau menghantar utusan ke negeri China dan singgah di Vietnam. Islam mula berkembang pada kurun ke-11 pada masa China di bawah Dinasti Tang (618–907). Kerajaan Champa sentiasa berperang dengan Vietnam. Pada tahun 1471 Champa kalah teruk. 120,000 rakyat mereka terbunuh. Pada tahun 1607 Raja Champa pertama menganut Islam. Raja Champa Islam terakhir ialah Po Chien atau Raja Ibrahim.

Kerajaannya diusir oleh Vietnam dan baginda membawa rakyatnya lari ke selatan Kemboja ke Kampung Cham hari ini. Penduduk di tepi pantai pula berhijrah ke Terengganu dan satu kumpulan kecil berhijrah ke Hainan di selatan China yang hari ini dikenali kaum Utsuls. Raja Ibrahim mangkat pada tahun 1650. Sembilan tahun selepas kemangkatan baginda, masyarakat Islam bangun memberontak berakhir dengan 3,000 orang terbunuh. 700 orang rakyat Champa melarikan diri ke Siam (Thailand). Selepas itu umat Islam mula berkembang di Kemboja. Pada tahun 1950 lagi 7% umat Islam telah mampu mengerjakan ibadah Haji ke Makkah. Pada tahun 1962 terdapat 100 buah masjid di Kemboja. Jumlah umat Islam meningkat kepada 200,000 orang pada tahun 1975.

Umat Islam Disembelih

Mala petaka terbesar kedua berlaku pada zaman pemerintahan Parti Komunis Kemboja di bawah pimpinan Pol Pot dari tahun 1975 hingga 1979, selepas menumbangkan kerajaan Jeneral Lon Nol. Para ulama dibunuh. Daripada 113 orang ulama ternama Kemboja hanya 20 orang terselamat. Keseluruhan anggota Jabatan Mufti diculik dan dibunuh. Sejumlah 132 buah masjid diroboh atau dijadikan kandang babi. Al-Quran, kitab (keitap) agama dan mukaddam dirampas dan dibakar. Al-Quran tidak boleh dibaca.¤

Sumber artikel daripada majalah Solusi Isu No.2

Top Visited
SIEM REAP – ANGKOR WAT 3H / 2M HARI 1: KUALA LUMPUR -  SIEM REAP - TONLE SAP LAKE (-/L/D)..
HARI 1 : HO CHI MINH CITY (SAIGON) (-/-/D)Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat. Anda d..
Untuk lebih meriah dan lebih afdhal ibadah korban / akikah tuan / puan syarikat  Cambodia Musli..
HARI 1: KUALA LUMPUR - PHNOM PENH (-/-/D) · PAGI: Selepas tiba di lapangan terbang ..
PAKEJ PHNOM PENH 3H/2MHARI 1: KETIBAAN PHNOM PENH (-/L/D) PAGI:  Selepas tiba di lapangan ..
Phnom Penh adalah ibu kota dan terbesar di Kemboja. Terletak di tebing Sungai Mekong. Setelah dikena..
SIEM REAP–ANGKOR WAT 4H/3MHARI 1: KUALA LUMPUR -  SIEM REAP - TONLE SAP LAKE (-/L/D)PAGI:..
Videos Clip
OUR PARTNER
VISITORS NUMBER
Today :
85
Yesterday :
357
Total :
962698
Flag Counter
© Copyrights 2013, MisiKemboja.com / CmhTour.com. All rights reserved.

Facebook
Google Plus
Tweeter
Shares
 RSS
 Sitemap