Tips Bercuti Di Luar Negara
Lepas dah tahu tempat-tempat menarik di Kemboja, boleh la rancang percutian bersama keluarga atau rakan. So, saya nak kongsi beberapa tips untuk memudahkan percutian anda. 1. Buat Kajian - Selepas memilih destinasi pilihan, anda perlu membuat kajian sebanyak mungkin berkaitan negara yang bakal anda kunjungi. Contohnya situasi semasa negara berkenaan samada selamat atau tidak, dan tempat menarik yang biasanya menjadi tarikan pelancong. 2. Cuaca - Pastikan keadaan cuaca negara yang bakal anda kunjungi, jika melawat negara yang sedang mengalami musim sejuk pastikan anda membawa pakaian tebal dan bersesuaian. 3. Dokumen Perjalanan - Pastikan tarikh luput passport masih panjang dan melebihi enam bulan, jika tidak anda tidak dibenarkan ke luar negara. Selain itu, anda perlu pastikan negara yang bakal dikunjungi memerlukan visa atau tidak. Flight itinerary, alamat hotel, dan pen juga penting sebab nak isi borang imigresen dalam flight nanti. 4. Bajet - Samada percutian bajet ataupun mewah, anda perlulah membawa wang yang mencukupi. Senaraikan aktiviti yang akan anda lakukan dan anggaran perbelanjaan melibatkan penginapan, makan minum, pengangkutan, cenderahati, dan lain-lain. Ketahui kadar pertukaran negara berkenaan dan bawa lebihan wang untuk memudahkan urusan jika berlaku perkara di luar jangkaan. 5. Penginapan - Untuk melancarkan percutian, membuat tempahan hotel terlebih dahulu adalah digalakkan bagi mengelak risiko. Tempahan saat akhir agak mahal dan berkemungkinan penuh terutama musim perayaan atau cuti sekolah. 6. Keperluan peribadi - Tidak kira bercuti di dalam atau luar negara, keperluan peribadi haruslah dibawa seperti ubat-ubatan bimbang jika berlaku kecemasan. Dinasihatkan membawa makanan ringan seperti roti, biskut, dan Maggi untuk alas perut di hotel terutama jika berkunjung ke negara bukan Islam. Destinasi Pilihan Saya! Lepas banyak buat research pasal Kemboja ni teringin pulak nak pergi sana. Antara destinasi yang saya nak pergi semestinya Angkor Wat, nak tengok keunikkan seni bina manusia zaman purba tu. Muzium Tuol Sleng Genocide pun menarik, disebabkan saya memang sukakan sejarah dan fakta, so tempat ini memang wajib pergi. Selain itu saya ingin menyaksikan kesan tinggalan sejarah di sana selain melihat budaya orang Kemboja. Cambodia Muslim Holiday & Travel Jika anda tiada pengalaman dan kenalan di Kemboja, anda boleh memilih untuk menggunakan khidmat travel agent. Jadi saya cadangkan anda guna khidmat agensi pelancongan Cambodia Muslim Holiday & Travel. Cambodia Muslim Holiday & Travel ni merupakan syarikat tempatan yang dipercayai dalam menawarkan perkhidmatan pelancongan dan pengangkutan ke Kemboja dan Vietnam. Agensi pelancongan ini adalah hak milik orang Islam di Kemboja yang dikendalikan oleh Ustaz Yahya Al Hafiz. Antara kelebihan menggunakan khidmat Cambodia Muslim Holiday & Travel:
Agensi pelancongan ini memberikan pakej yang lengkap dari segi penginapan yang selesa, makanan halal, destinasi menarik, pengangkutan, dan pemandu pelancong. Dengan Cambodia Muslim Holiday & Travel, percutian anda ke Kemboja akan lebih bermakna selari dengan tagline syarkat itu, 'lebih mudah, murah, dan islamik', dan bakal menjanjikan pengalaman yang tidak akan dilupakan. Oh, saya ada terbaca pengalaman yang dikongsikan oleh blogger 007dunia, yang beliau pernah ke Kemboja melalui Ustaz Yahya. Katanya, perkhidmatan Ustaz Yahya memang terbaik!..... Sumber http://nikkhazami.blogspot.com/
RELATED
|