Takut nak pergi melancong ?
Street Address
No 805.St 5.Phom1.Chrang Chomres1
Russeykeo.Phnom Penh Cambodia
Hubungi Kami
Sms Call WhatsAap Wechat Line Insya Allah Saya Akan Cuba Balas Permintaan Anda Secepat Mungkin.
.
+855 17 889 234 {Ustaz Ckp Malay}
+855 12 706 595 {Ustaz
Ckp Malay}

Email
cmh.holidays@gmail.com


 
  • Slide 1

    Slide 1

  • slide2

    slide2

  • Slide 3

    Slide 3

  • Slide 4

    Slide 4

  • Slide 5

    Slide 5

  • Slide 6

    Slide 6

  • Slide 7

    Slide 7

  • Slide 8

    Slide 8

Home » Takut nak pergi melancong ?
Takut nak pergi melancong ?

"Mesti banyak duit nak pakaikan... Eh, tak takut ke kalau apa-apa jadi semasa dalam perjalanan nanti? Kalau kena rompak ke, kena culik ke, macam mana? Macam bahaya je...".

Dialog di atas adalah salah satu contoh yang kadang-kadang kita dengar apabila kita mengajak rakan-rakan lain untuk travel bersama. Bajet dan cabaran selalu menjadi persoalan yang akan ditanyakan kepada kepada kita semula. Persoalan-persoalan inilah yang sebenarnya menjadi penghalang untuk mereka keluar meneroka dunia.

Bajet

Perkara pertama yang sering membataskan kita untuk travel atau melancong adalah dari segi kos atau bajet. Perkara ini membebankan, membuatkan kita berasa sering susah hati. Sering kita berfikir bahawa untuk travel, perlukan wang yang banyak. Hal ini kemudiannya membuatkan kita menangguhkan niat untuk travel dan akhirnya niat itu dilupakan sahaja.

Pengembara terkenal yang kisahnya dibuku dan difilemkan, mendiang Christpher McCandless telah mengembara bermula dari kampung halamannya, Virginia, Amerika Syarikat dan berakhir di Alaska tanpa membawa satu sen pun. Hampir keseluruhan perjalanannya adalah dengan cara berjalan kaki dan menumpang kenderaan orang lain (hitch-hike). Malah beliau hanya bermalam di dalam khemah di kebanyakan tempat persinggahannya. Pengembaraan penuh cabaran tersebut akhirnya menjadikan perjalanannya begitu bermakna dan ia telah memberi inspirasi kepada seluruh dunia.

Kisah McCandless telah memberi kita pilihan dalam melaksanakan pengembaraan. Kalau sudah tahu tiada bajet, buat apa mengharapkan percutian atau pengembaraan yang akan memberikan keselesaan. Dalami semula tujuan untuk mengembara, mahu keselesaan atau mahu pengalaman berharga berkunjung di tempat orang.

McCandless di saat-saat akhir hayatnya.

Travel ala backpacker contohnya, mementingkan bajet yang rendah dalam pengembaraan. Lagi rendah bajet yang dikeluarkan, perjalanan menjadi lebih bermakna buat backpacker. Malah dengan perancangan yang baik, lebih banyak tempat yang backpacker akan jejak tanpa mengeluarkan ribuan ringgit.

Merancang sendiri boleh mengurangkan kos perjalanan. Tak perlu mengambil khidmat agensi-agensi pelancongan, semuanya kini boleh dibuat sendiri dengan adanya bantuan maklumat dari internet dan buku-buku panduan untuk travel. Bukan maksud saya untuk melarang anda dari menggunakan khidmat agensi pelancongan, cuma kita berhak membuat pilihan. Orang yang bijak pasti akan membuat pilihan yang bijak.

Tanpa langkah pertama, tak mungkin perjalanan beribu batu akan bermula. Dalam merangka sesebuah perjalanan, tak perlu mensasarkan tempat-tempat yang jauh dahulu seperti ke luar negara untuk memulakan langkah. Negara kita sendiri mempunyai banyak tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Jika warga asing berpusu-pusu datang untuk melihat negara kita, kenapa pula kita tidak mahu menghargai apa yang kita ada.

Cabaran

Dalam dunia traveling pasti ada cabaran. Kenapa perlu takut pada cabaran? Cabaran itulah yang sebenarnya menambahkan lagi nikmat dalam perjalanan kita. Rakan kami dari Indonesia yang juga penulis buku tentang traveling, Ariyanto berkata, perjalanan menuju tempat baru yang tidak pernah kita kenal sebelum ini ibarat diberi sekotak coklat dan diminta untuk merasainya. Kita tidak tahu apa yang bakal kita temukan dalam setiap butir coklat. Lebih tepat apakah isinya sesuai dengan selera kita atau tidak. Namun di situlah datang seni menikmatinya, bermain dengan sesuatu yang tak pasti dan baru. Dan Ariyanto telah menikmati setiap detik perjalanan yang dilakukannya.

'Aku ingin berkelana, menemukan arahku dengan membaca bintang gemintang. Aku ingin mengharungi padang dan gurun-gurun, ingin melepuh terbakar matahari, melambung dihentam angin, mengecut dicengkam dingin. Aku ingin kehidupan yang menggetarkan, penuh penaklukan. Aku ingin hidup! Ingin merasai sari pati hidup!'. Petikan ini adalah dari novel ketiga tetralogi Laskar Pelangi, Edensor karya penulis novel tersohor Indonesia, Andrea Hirata. Beliau mengatakan bahawa cabaran itulah yang dicari-carinya di sepanjang perjalanan dan cabaran itu membuatkan beliau terasa hidup.

Bagi kami, cabaranlah yang paling ditunggu-tunggu di dalam setiap pengembaraan. Kadang-kadang kita tahu cabaran yang bakal dihadapi dan kadang-kadang ia datang tanpa memberi amaran, terus sahaja menerpa. Namun kita harus bersiap-sedia menghadapinya kerana setiap cabaran akan membuatkan kita menjadi lebih matang dan menjadikan jati diri kita lebih kuat. Selain itu, cabaran juga boleh menjadi pembakar semangat untuk kita terus mengembara.

Ilmu dan pengalaman berharga

Dunia ini boleh diterjemahkan sebagai sebuah 'universiti kehidupan'. Terlalu luas dan sentiasa setia menanti manusia datang kepadanya untuk dicurahkan ilmu tentang kehidupan. Dunia juga ibarat sebuah buku dengan halaman yang sangat tebal, mereka yang tidak mengembara dan hanya tinggal di tempat asal mereka umpama hanya membaca halaman pertama sahaja. Bagaimana dengan halaman-halaman yang lain?

Travel atau melancong bukan hanya untuk keriangan semata-mata. Bagi kami sendiri, kami mengembara untuk membongkar rahsia tentang kehidupan. Kami mahu mempelajari tentang sosio-budaya sesebuah komuniti di tempat yang kami kunjungi selain menghayati sejarah dan seni budaya mereka. Travel membuatkan kami sentiasa bersyukur dengan apa yang kami miliki terutama menjadi rakyat Malaysia. Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Bagaimanapun senangnya hidup di negeri orang, masih lebih senang hidup di negeri sendiri.

Jadikanlah perjalanan anda penuh bermakna, bukan pulang dengan tangan kosong dan kemudiannya segala pengalaman yang anda dapat terus dilupakan. Manfaatkanlah segala pengalaman yang diperolehi tersebut dan jadikan perkara-perkara yang dilalui di sepanjang perjalanan anda sebagai pengajaran dalam menempuh kehidupan yang mendatang.

Sumber: http://travelog-aiesha.blogspot.com/2011/06/takut-untuk-travel.html

Top Visited
SIEM REAP – ANGKOR WAT 3H / 2M HARI 1: KUALA LUMPUR -  SIEM REAP - TONLE SAP LAKE (-/L/D)..
HARI 1 : HO CHI MINH CITY (SAIGON) (-/-/D)Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat. Anda d..
Untuk lebih meriah dan lebih afdhal ibadah korban / akikah tuan / puan syarikat  Cambodia Musli..
HARI 1: KUALA LUMPUR - PHNOM PENH (-/-/D) · PAGI: Selepas tiba di lapangan terbang ..
PAKEJ PHNOM PENH 3H/2MHARI 1: KETIBAAN PHNOM PENH (-/L/D) PAGI:  Selepas tiba di lapangan ..
Phnom Penh adalah ibu kota dan terbesar di Kemboja. Terletak di tebing Sungai Mekong. Setelah dikena..
SIEM REAP–ANGKOR WAT 4H/3MHARI 1: KUALA LUMPUR -  SIEM REAP - TONLE SAP LAKE (-/L/D)PAGI:..
Videos Clip
OUR PARTNER
VISITORS NUMBER
Today :
50
Yesterday :
357
Total :
962663
Flag Counter
© Copyrights 2013, MisiKemboja.com / CmhTour.com. All rights reserved.

Facebook
Google Plus
Tweeter
Shares
 RSS
 Sitemap